apa itu BFF ?
| Thursday, February 09, 2012 | 0 Words
BFF? Best Friend Forever.
'Best Friend Forever', kawan yang paling diharapkan masa kita senang ataupun susah ataupun tengah-tengah. Dia yang selalu ada untuk kita disaat kita perlukan sokongan dan bantuan dari segi fizikal mahupun mental. Masa kita susah, dia ada untuk menolong. Biarpun hanya sedikit pertolongan ataupun nasihat yang dihulurkan. Ringan sikit beban di dada, hati dan otak.
Tak ramai yang ada BFF ni, sebab kita berkawan secara menyeluruh. Maksudnya, kawan dengan semua orang. Yang ada BFF pula, tak ramai bilangannya sebab di sini kita mementingkan kualiti daripada kuantiti. Tak ramai BFF pun tak apalah janji rock. Hahaha. Bukan-bukan, janji si BFF dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap persahabatan yang terjalin. Begitu juga sebaliknya.
Best tak ada BFF? BEST! Kalau yang dah ada pengalaman, dia tahu lah macam mana rasanya bila ada BFF. Kebanyakan hal, kita kongsi. Walaupun tak semua. Cerita itu, cerita ini, cerita sana, cerita sini. Mai pulak dia punya gila-gila. Lagi best. Biasanya, BFF selalunya ada minat dan kesukaan yang sama. Biasanya. Ada juga yang luar biasa. Walaupun minat tak sama, tapi mereka boleh je jadi BFF. Sebab mereka melengkapi antara satu sama lain.
Dalam berkawan, kita kena pandai pilih-pilih. Tersalah pilih, 'ter' itulah yang boleh merubah macam mana kita sekarang. Orang kata kalau nak kenal perangai seseorang tu macam mana, tengok kawan dia. Macam tu cara kawan dia, macam tu jugaklah cara dia. Tapi tak semualah. Kalau semua macam tu, boleh ler jadi kembar tak seiras kan? Hohoho.
Yang penting, kalau berkawan kenalah ikhlas. Jangan main tikam-tikam, meranalah akibatnya. Hadapi kehidupan alam persahabatan dengan sabar. InsyaAllah, kita dan kawan-kawan kita dapat masuk Syurga Allah bersama-sama. Amin Ya Rabbal Alamin.
Assalamualaikum.



