Cinta Tidak Memerlukan Sebab
| Thursday, February 23, 2012 | 0 Words
Dalam satu kisah percintaan yang menarik . Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah . Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik . Kemudian si isteri bertanya kepada si suami . Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya ? Mengapa abang cintakan saya ?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang !
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya ? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya .
Suami : Betul ! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang !
Isteri : Tak boleh beri bukti ! Tidak ! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya . Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai . Dalam bentuk puisi dan syair lagi . Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya .
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah ! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu . Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama sayang !”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya . Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma . Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar .
“Sayang ! Jika disebabkan suara aku mencintai mu . Sekarang bolehkah engkau bersuara ? Tidak ! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu . Sekarang bolehkah engkau menunjukkannya ? Tidak ! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu .
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu . Sekarang bolehkah engkau tersenyum ? Tidak ! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu .
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu . Sekarang bolehkah engkau melangkah ? Tidak ! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu .
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang . Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi . Adakah cinta memerlukan sebab ? Tidak ! Aku masih mencintai mu dulu kini selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab . Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dipegang . Namun begitu, ia masih boleh dirasai dalam hati .”
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu .




