Superr Girl


surat cinta untuk mr. unknown :)
| Thursday, March 29, 2012 | 0 Words

Kepada awak,

Nampak tak bintang bintang tu ? Itu untuk awak :) Saya tahu awak suke sangat kat bintang kan ? So saya buat khas untuk awak bintang bintang tu . Saya cakap dekat kawan saya balang kaca yang dipenuhi dengan bintang bintang tu akan jadi hantaran kahwin saya untuk awak nanti :) Lepas tu saya nak suruh awak baca setiap pesanan yang saya tulis dekat setiap lipatan bintang bintang yang saya buat tu :) Awak jangan bimbang sebab nanti lepas awak baca semua pesanan tu saya akan ajar awak buat balik bintang bintang tu supaya balang kaca tu kita boleh letak dalam almari . Heheee . #tersengeh macam kerang wangi . -.-'

Kepada awak,

Saya ni takbaik mana . Banyak kekurangan saya tapi saya harap awak mampu bimbing saya . Ajaklah saya ke arah kebaikan ye, awak . Bawaklah saya pergi solat berjemaah dekat masjid tapi kalau awak jadi imam saya dekat rumah saya pun takape :) Asalkan kita solat berjemaah bersama sama :') Bersama samalah kita mendekatkan diri dengan Allah ye kerana kita bersama pun atas izin Allah S.W.T, betul tak ? Saya suka kalau awak kejutkan saya untuk qiam bersama sama dengan awak . Mesti nanti hati saya sejuk bila tengok awak yang sudah berbaju melayu menanti saya untuk qiam bersama sama . InsyaAllah ye awak ? :)

Kepada awak,

Selalulah bagi nasihat dekat saya ye :) Kadang kadang tu saya banyak buat perangai yang tak elok . Saya suka bercakap kasar dengan orang . Awak, nasihatkan saya tau :) saya tahu apa yang awak tegur pasal saya adalah demi kebaikan saya jugak . Itu tandanya awak cintakan saya kerana Allah dan awak tak sanggup tengok saya terus buat dosa kan ? :) InsyaAllah, saya pun akan buat perkara yang sama supaya kita sama sama berusaha menjadi yang lebih baik .

Kepada awak,

Ajaklah saya mengaji bersama sama awak ye :) Saya bukannya pandai sangat dalam bab tajwid ni tapi saya harap awak boleh betulkan bila saya buat salah . Saya nak mengaji bersama sama dengan awak dengan menggunakan Al-Quran yang awak selalu gunakan untuk mengaji :) Saya nak sentuh Al-Quran yang selalu menjadi peneman awak setiap hari kerana saya tahu Al-Quran itu menjadi tanda awak tidak meninggalkan ayat ayat cinta Allah . Saya akan berusaha untuk membaca ayat ayat cinta Allah dan saya harap awak pun buat macam tu jugak ye . Ehem ehem, saya pun nak awak baca Al-Quran untuk saya nanti . Heheee . ^.^

Kepada awak,

Saya ni lemah, awak . Kadang kadang tu cepat je saya menyerah kalah . Jadi peganglah saya ketika saya jatuh dan kuatkanlah diri saya ye . Jalanlah di sebelah saya dan temani saya, ye awak :) Dengan Allah dan dengan kata kata semangat awak serta family kita berdua, InsyaAllah saya akan terus tabah :)

Kepada awak,

Saya ni simple orangnya . InsyaAllah, saya takakan minta benda yang akan membebankan awak . Saya taknak jadi seorang isteri yang memberikan kesusahan kepada suaminya . Jangan bimbang ye, awak . Kita jalani hidup dengan serdahana . Lebih bahagia bukan ?

Kepada awak,

Jangan merokok ye awak . Bahaya tau hisap rokok tu . Saya taknak awak sakit dan saya jugak taknak orang lain bahaya dengan asap rokok . Awak tahukan orang yang menghidu asap rokok lagi boleh cepat sakit daripada orang yang merokok . Soooo, tolong jangan merokok yee :')

Kepada awak,

Hormatilah ibu bapa saya sepertimana awak hormati ibu bapa awak :) Mereka adalah nyawa saya . Tanpa mereka, saya takkan mampu berada di sisi awak . Jagalah mereka sepertimana awak menjaga saya kerana seperti yang saya cakap sebelum ni, tanpa meraka saya takkan mampu berada di sini . Tanpa restu mereka jugak, mungkin apa yang terjadi antara kita sekarang ni takakan berlaku :)

Kepada awak,

Penting untuk awak tahu yang saya sayang awak, suka awak, kasihi awak, rindu awak kerana Allah S.W.T. :) Tanpa keizinan-Nya mana mungkin rasa ini boleh ada untuk awak . Moga kita dapat bersama sama ke Jannah ye awak dan bersama sama lah kita mencapai redha Allah :)

Daripada,
Bakal isterimu .

"Ketika Tuhan menginginkan dua hati bertemu, DIA akan menggerakkan keduanya, tidak hanya salah satu"









-Past- | -New-